Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”), yang mengawal pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial dan perkara-perkara yang berkaitan dengan pemprosesan sedemikian adalah berkenaan kepada Wah Seong Corporation Berhad, anak-anak syarikatnya dan syarikat-syarikat berkaitan (secara kolektif merujuk kepada “WSC” atau “Kumpulan WSC” atau “kita” atau “kami”). Terma “data peribadi” dan “pemprosesan” yang terkandung dalam notis data peribadi ini mempunyai maksud seperti yang ditetapkan dalam Akta.
Notis data peribadi ini menggariskan bagaimana kami mengumpul, mengguna, mengendali dan melindungi data peribadi yang dibekalkan kepada kami, atau dikumpul pada masa akan datang dengan mematuhi Akta dan berkenaan kepada sesiapa yang data peribadinya telah diproses oleh atau bagi pihak Kumpulan WSC. Data peribadi tersebut (termasuk nama, nombor kad pengenalan/nombor pasport, nombor untuk dihubungi, alamat, alamat emel dan maklumat peribadi yang lain) yang telah dibekalkan kepada kami, sedang atau telah atau akan diproses bagi tujuan-tujuan berikut (“Tujuan-tujuan”):-
Data peribadi anda sedang atau akan dikumpulkan daripada pelbagai sumber termasuk maklumat anda yang telah dibekalkan kepada kami seperti melalui borang atas talian yang terdapat dalam laman web kami, senarai tetamu yang sedia ada, kad perniagaan, buku tetamu dan/atau mana-mana acara yang dianjurkan oleh kami, sama ada pada masa sekarang atau masa hadapan, maklumat daripada pihak ketiga dan maklumat daripada domain awam.
Anda adalah bertanggung jawab bagi memastikan semua data peribadi yang dibekalkan dan disimpan oleh kami adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. Bagi mengelakan keraguan, kami tidak akan bertanggung jawab terhadap mana-mana data peribadi yang dibekalkan oleh anda kepada kami yang tidak tepat, mengelirukan, tidak lengkap dan tidak dikemas kini.
Kami tidak bertanggung jawab terhadap kegagalan anda untuk membekalkan kepada kami data peribadi anda bagi tujuan pemprosesan kami untuk memudahkan Tujuan-tujuan yang tersebut di atas.
Tertakluk pada undang-undang yang berkaitan, data peribadi anda mungkin akan didedahkan kepada:-
walaupun sesiapa berkenaan mungkin berada di luar Malaysia, untuk mana-mana Tujuan-tujuan di atas atau mana-mana tujuan lain, data peribadi anda didedahkan pada masa pengumpulan atau mana-mana tujuan lain yang berkaitan terus dengan Tujuan-tujuan di atas atau jika pendedahan sedemikian diperlukan atau diberi kuasa oleh undang-undang atau perintah mahkamah. Data peribadi anda mungkin akan dipindahkan ke lokasi di luar Malaysia bagi Tujuan-tujuan di atas.
Dengan membekalkan data peribadi anda kepada kami, anda dengan ini memberikan kebenaran/persetujuan bagi pemprosesan data peribadi anda mengikut semua syarat-syarat yang ternyata di atas dan anda telah membaca, memahami dan menerima kenyataan-kenyataan dan terma-terma yang dinyatakan di sini.
Anda boleh, pada bila-bila masa menghantar permohonan anda kepada kami di alamat yang tertera di bawah sekiranya:-
Kami berhak untuk mengenakan bayaran yang berpatutan untuk permohonan bagi akses data peribadi anda.
Wah Seong Corporation Berhad
Suite 19.01, Level 19, The Gardens North TowerMid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur
Mana-mana data peribadi yang disimpan/dikekal oleh kami akan dimusnahkan dan/atau dipadamkan selama-lamanya daripada rekod dan sistem kami mengikut polisi pengekalan kami sekiranya data tersebut tidak lagi diperlukan untuk Tujuan-tujuan yang tersebut di atas.
Notis Data Peribadi ini dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang konflik/ketidakselarasan dalam kedua-dua versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.